Tuesday, December 11, 2012

WAHAI LELAKI.

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :

•• Bawalah dia ke jalan Allah
•• Nasihatilah dia
•• Perbetulkan kesilapannya
•• Jagalah dia dgn baik
•• Kasihanilah dia
•• Lindungilah dia
•• Berilah kasih syg padanya
•• Hargailah dia
•• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu.. Amin....

Sunday, December 2, 2012

Cara menguatkan tenaga batin – Ramuan Tradisional

Bahan-bahan yang diperlukan:
3 ulas halia yang saiznya sebesar ibu jari
17 biji lada hitam
17 biji lada putih
1 sudu teh minyak sapi tulen
1 biji kuning telur ayam kampung
Cara-cara ramuannya:
Tumbuk kesemua lada hitam dan lada putih sampai lumat.
Halia pula diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya.
Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan di atas termasuklah minyak sapi dan kuning telur ke dalam satu bekas. Kacau hingga semuanya sebati.
Akhir sekali, minumlah ramuan di atas kira-kira 1 jam sebelum berjimak dengan isteri. Jangan lupa tinggalkan ia sedikit untuk disapu pada batang zakar.
Diharapkan ramuan diatas berkesan kepada Anda yang baru bergelar suami ataupun yang dah lama menempuh alam perkahwinan. Kalau ada isteri yang sedang membaca artikel ini kongsikan kepada suami Anda, tak rugi.

Selain itu Anda juga boleh amalkan doa-doa di bawah ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya’ sebanyak 7 kali. Insya-Allah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya. Inilah doa yang perlu diamalkan.


Bismillah Hiroh Man Niroh Him
Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In nalloha qawiyun, ‘azizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar roohimin.

Doa Keraskan Zakar

Doa (1)

Jika terasa lemah hendak bersama, bacalah doa ini 3 kali kepada anu anda ketika hendak bersama.

Nescaya jadi kuatlah dia. InsyaAllah

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، 

فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.


Bismillah hirohman Niroh him
Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun.
(Baca 3 kali)


Doa (2)

Amalan doa kedua yang di amal-amalkan oleh orang-orang lama sejak dahulukala.

Amalkanlah doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersama. Isya-Allah ia dapat mengeraskan anu anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu.

Doanya ialah.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.


Doa (3)

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan anu Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang iaitu di antara dubur ke telur. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur.

Baca doa ini sebanyak 7 kali .

Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana anu akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat saraf yang berada pada anu dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.

Doa (4)

Cubalah kaedah ini untuk menguatkan anu anda yang lemah.
Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah anu anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah anu anda dengan tuala itu sehingga sejuk.
Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.

Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:



2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:


3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:

4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.


Lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar,sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.