Thursday, March 8, 2012

SEKEPING PHOTO YANG MEMBERI PENGERTIAN SERIBU MAKNA

Maaf kalau photo ini membuatkan anda berasa loya

Sexually Transmitted Diseases (STDsadalah penyakit kelamin yang kebiasaannya boleh kita dapati melalui sex rambang. Ini ada lah photo-photo kesan daripada sex rambang yang saya perolehi bertebaran didalam alam maya. Saya pernah siarkan photo yang hampir serupa tujuan dan maksudnya pada entry saya yang ke 5 dulu. Tapi adakah anda suka melihat photo seperti ini, ya kalau nak harap kita mencari memang tak da lah, kalau ternampak pun cepat-cepat terus alih ketempat lain dan kebanyakan dari kita terutama golongan remaja jarang nak tengok dan mengambil peringatan kerana itu lah tidak ada rasa gerun dan takut maka bagi mereka sex rambang dah jadi biasa jer kan.

Jijikkan.

Penyakit kelamin ada macam-macam jenis, nama dan rupa seperti  STDs Chlamydia, Genital warts, Herpes, Gonorrhea, Hepatitis and Syphilis.

Tujuan saya gabungkankan photo-photo ini bagi memudahkan anda terutama golongan remaja untuk melihat kesan yang anda mungkin anda dapat melalui dari sex rambang. Kebanyakan mereka yang mendapat penyakit ini adalah kerana mereka sendiri yang pergi mencari dan ramai juga yang mendapat kerana terainaya terutama suri rumah dan anak kecil akibat perbuatan suami dan bapa yang berbuat sumbang di luar rumah. Photo seperti ini juga anda boleh tengok terpampang didinding klinik dan hospital. Kalau tak tengok mana nak tahukan, mana nak ada rasa takutkan.

Kebanyakan golongan songsang diluar sana saya percaya ramai yang menghabiskan masa waktu ini dihari dan malam minggu disauna-sauna sekitar ibukota juga di Penang dan JB. Ingat bahaya jangkitan ini sangat mudah berlaku didalam sauna yang gelap itu, malah anda sendiri tidak nampak symptom yang jelas seperti photo diatas jika berada didalam sekitaran bilik yang gelap. Begitu juga pada mereka yang suka ke urut batin dengan special service ingat alas tilam sentuhan tangan dan badan juga penyebab anda mendapat penyakit ini. Bagi bukan songsang yang suka  kerumah urut kerana nak membantu menaikkan taraf kehidupan "amoi-amoi" kat situ juga diperingatkan disini tolong lah JANGAN melanggan, terutama para sang suami, anda kenalah ingat kesian isteri dan anak-anak dirumah.

Saya berpesan dan ingatkan terutamanya pada diri ini dan mereka yang diluar sana, kalau tak dijangkiti hiv sekali pun, penyakit seperti atas ni senang nak dapat kalau kita selalu melakukan sex rambang. Besar kemungkinan akan kita memang akan dapat.



Beringat Sebelum Terkena

No comments: